Sunday, 13 June 2021

Ibadah Munakahat SVM 2 Sem 3


Munakahat dan hukum-hukum berkaitan

 

Konsep munakahat dalam Islam.

 

                            i.          Galakan berkahwin.

a.       Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan dan nafsu seks

b.      Mendapatkan zuriat yang soleh

c.       Memupuk sikap tanggung jawab


                           Pengertian perkahwinan :

Bahasa

Istilah Syarak

Cantum /himpun

Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan

 

                         Hukum perkahwinan.

Hukum

Keterangan

Harus

Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya

Wajib

Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina

Sunat

Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina

Makruh

Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin

Haram

Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan.



Persediaan sebelum berkahwin dalam:

 

                            i.          Pemilihan calon.

Ciri-ciri Umum

Ciri-ciri berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w

·         Beriman, bertaqwa, berilmu, bertimbang rasa dan  bertanggungjawab

·         Harta

·         Keturunan

·         Kecantikkan

·         Agama

                             i.          Merisik.

 

a.      Pengertian Merisik : 

Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang

b.      Hukum melihat bakal tunangan :  disunatkan melihat muka dan tangan sahaja

c.       Tujuan melihat :

·         Berpuas hati dengan pilihan

·         Mengelakkan penipuan

·         Terjamin kebahagiaan rumah tangga

 

 

 

 

                        ii.            Bertunang

a.      Pengertian Meminang/Bertunang :

Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

b.      Cara/lafaz yang digunakan :

·         Soreh/jelas/berterus terang – contoh : meminang/melamar

·         Kinayah/sindiran/kiasan – contoh menyunting

c.       Hukum pemberian /hadiah :

Harus dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tiada unsur-unsur maksiat

d.      Batas pergaulan dalam tempoh bertunang :

Mereka masih dianggap sebagai orang asing/ajnabi, diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa ditemani muhram


4.1.1        Tatacara perkahwinan.

 

                            i.          Rukun dan syarat perkahwinan.

Bil

Rukun

Syarat

 

1

 

Bakal suami

i.        Islam

ii.      Lelaki

iii.    Tidak beristeri empat pada satu masa

iv.    Bukan dalam ihram haji/umrah

v.      Bukan muhrim

 

 

2

 

 

Bakal isteri

i.        Islam / ahli kitab

ii.      Perempuan

iii.    Bukan isteri orang

iv.    Bukan dalam idah raj’ie

v.      Bukan dalam ihram haji/umrah

vi.    Bukan muhrim

 

3

 

Wali

i.        Definisi : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan

ii.      Syarat-syarat wali :

·         Islam

·         Lelaki

·         Baligh

·         Berakal

·         Bukan dalam ihram haji/umrah

·         Tidak ditegah daripada membelanjakan harta

·         Merdeka

 

iii.    Susunan wali :

·         Bapa

·         Datuk

·         Adik beradik lelaki seibu sebapa

·         Adik-beradik lelaki sebapa

·         Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu

·         sebapa dan ke atas

·         Anak saudara lelaki daripada adik-beradik sebapa

·         dan ke atas

·         Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas

·         Bapa saudara sebapa    (sebelah bapa)

·         Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa 

·         dan kebawah

·         Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebapa

·         Wali hakim

 

4

 

Saksi

i.        Islam

ii.      Dua orang lelaki

iii.    Baligh

iv.    Adil/tidak melakukan dosa besar

v.      Memahami lafaz ijab dan kabul

vi.    Sejahtera pancaindera

 

 

 

 

5

 

 

 

 

Ijab dan kabul

i.        Ijab : lafaz yang diucapkan oleh wali.

ii.      Syarat:

  • Dilafazkan oleh wali/wakil
  • Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis
  • Bukan bahasa sindiran
  • Jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan saksi
  • Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan

iii.    Kabul : jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh bakal suami

iv.    Syarat:

·                     Tidak menyalahi ijab

·                     Tidak diselangi oleh diam yang lama/perkataan yang tidak berkaitan

·                     Dilafazkan oleh bakal suami/wakil

·                     Menyebut nama bakal isteri/ganti namanya

·                     Tidak dengan lafaz taklik

·                     Tidak dibataskan tempoh masa.


                            i.          Mahar.

Pengertian :

Pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang @ sesuatu yang bernilai.

Hukum : wajib

Jenis-jenis :

a.       Musamma : mahar yang telah ditetapkan dan dipersetujui

b.      Misil : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut mahar saudara perempuan isteri.

Kadar : bergantung pada persetujuan dan budi bicara, sebaik-baiknya yang sederhana.

Syarat mahar :  semua barang @ manfaat yang boleh dijadikan bayaran @ upah.

Hikmah :

a.       Melahirkan keikhlasan

b.      Sebagai persiapan suami untuk memikul tanggung jawab

c.       Mengembirakan hati isteri

d.      Memulia dan mengiktiraf wanita

 

                          ii.          Walimah/ kenduri

Pengertian :

Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

Hukum :

Sunat muakkad mengadakannya, wajib menghadirinya tanpa keuzuran

Adab-adab mengadakan :

a.       Sederhana, tiada pembaziran

b.      Tiada unsur-unsur maksiat /khurafat

c.       Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam diharuskan

d.      Tiada pergaulan bebas

Hikmah mengadakan :

a.       Melahirkan rasa kesyukuran

b.      Melahirkan kegembiraan

c.       Tanda tahniah dan selamat

d.      Mengisytiharkan kepada orang ramai

e.       Mengikut ajaran dan sunah


4.1.1        Tanggungjawab suami dan isteri.

 

Aspek

Tanggung jawab

Suami

i.        Memberi nafkah zahir dan batin

ii.      Memberi didikan

iii.    Memberi layanan yang baik

 

Isteri

i.        Mentaati suami

ii.      Memelihara kehormatan diri

iii.    Menjaga harta suami

iv.    Memberi layanan yang baik kepada suami

v.      Tinggal di rumah suami

 

Bersama

i.        Memelihara dan mendidik anak-anak

ii.      Menghubungan silatur rahim keluarga kedua-dua pihak

iii.    Memenuhi keprluan masing-masing

iv.    Saling menghormati dan menjaga keaiban

v.      Saling menasihati 



Selamat menekuni tajuk ini... wa ilalliqa' ma'assalamah











No comments:

Post a Comment

Ibadah Munakahat SVM 2 Sem 3

Munakahat dan hukum-hukum berkaitan   Konsep munakahat dalam Islam.                               i.           Galakan berkahwin. ...