Sunday, 13 June 2021

Tilawah AlQur'an SVM 2 Sem 3



 Tilawah al-Qur'an dan Pemahaman Ayat 

Untuk ayat penuh sila klik UstaJah


Maksud ayat 1 - 11 Surah al-Mukminun :





Intisari ayat 1 – 11  surah al Mukminun.

i.                    Menggariskan ciri-ciri orang yang Berjaya dengan beriman kepada Allah dan melaksanakan segala tuntutanNya (iaitu hablun minaLlah)

ii.                  Kejayaan sebagai mukmin juga berkaitan dengan hubungan sesama manusia ( iaitu hablun minannas)

iii.                Berdasarkan ayat tersebut, contoh hablun minalLah :

a.       Menjaga solat  

b.      Solat dengan khusyuk,bacaan lanjut sila klik  UstaJah

c.       Mengeluarkan zakat

 

iv.                Contoh hablun minannas :

a.       Menunaikan amanah

b.      Menepati janji

c.       Menjaga kehormatan diri

d.      Menjauhi perkara sia-sia.

                                                       #Bacaan lanjut boleh klik UstaJah

Cara-cara memelihara kehormatan diri. 

i.        Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

ii.      Menjauhi perkara-perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina.

iii.    Menutup aurat dengan sempurna menurut kehendak Islam.

iv.    Tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti penyalahgunaan dadah.



Contoh Salah Laku seks

Salah laku seks

Definisi

Zina.

 

persetubuhan haram lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah

Liwat.

persetubuhan melalui dubur samada lelaki dan perempuan

Onani.

mengeluarkan mani sendiri dengan sengaja

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

 

Lesbian : hubungan sejenis perempuan dengan perempuan 

Gay : hubungan sejenis lelaki dengan lelaki

Biseksual : kecenderungan terhadap kedua-dua seks

Transeksual : penukaran jantina

Gangguan seksual.

 

sebarang tingkahlaku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan samada secara lisan, visual, psikologi atau fizikal.

 

1.3.3        Punca dan Cara Mengatasi Salah Laku Seks

Punca salahlaku seks

 

Cara mengatasi

i.        Kurang didikan agama

ii.      Terpengaruh dengan media massa

iii.    Kurang penguatkuasaan undang-undang

 

i.        Menerapkan pendidikan agama sejak kecil

ii.      Mengadakan kempen bahaya salahlaku seks

iii.    Menguatkuasakan undang-undang

 


 Menjelaskan pengajaran ayat  

i.        Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada salahlaku seks kerana perbuatan itu membawa kepada kemurkaan Allah.

ii.      Umat Islam wajib memelihara kehormatan diri dengan berakhlak mulia.

iii.    Kita hendaklah sentiasa mengisi masa kita dengan melakukan perkara yang bermanfaat dan diredhai Allah.

 

Menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada salah laku seks.

i.  Sentiasa berdoa kepada Allah supaya terhindar daripada salah laku seks.

ii. Bergaul dengan kawan-kawan yang baik supaya terdorong melakukan kebajikan.

iii.Melakukan perkara yang berfaedah untuk mengisi waktu terluang


Ayat Hafazan 

Surah al-Mukminun ayat 1 - 4

Untuk ayat penuh sila klik UstaJah




Selamat belajar.... wa ilalliqa'

No comments:

Post a Comment

Ibadah Munakahat SVM 2 Sem 3

Munakahat dan hukum-hukum berkaitan   Konsep munakahat dalam Islam.                               i.           Galakan berkahwin. ...