Sunday, 13 June 2021

Hadis Nabawi SVM 2 Sem 3



 

PERSAUDARAAN DALAM ISLAM 


Matan Hadis dan Mafhumnya



Kepentingan persaudaraan dalam Islam.

i.        Persaudaraan dalam Islam merupakan satu cabang iman yang wajib dilaksanakan.

ii.      Memartabatkan syiar Islam.

iii.    Memajukan ekonomi negara.

iv.    Umat Islam menjadi kuat dan dihormati masyarakat lain.

v.      Menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan mudah.

vi.    Mewujudkan umat Islam yang hidup aman dan sejahtera.

vii.  Mengundang rahmat,  berkat dan kemurahan rezeki daripada Allah SWT.

 

Cara memupuk persaudaraan .


i.        Melaksanakan solat berjemaah di surau atau di masjid supaya dapat silaturrahim.

ii.      Sentiasa menunaikan hak-hak persaudaraan seperti, menziarahi saudara ketika sakit, memenuhi undangan, mendoakan orang lain ketika bersin dan lain-lain.

iii.    Menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti, gotong royong, menghadiri majlis kenduri dan lain-lain.

iv.    Saling hormat menghormati dan bersopan santun antara satu sama lain.

v.      Meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada diri sendiri.

 

Pengajaran hadis.

i.        Setiap umat Islam wajib mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi diri sendiri, seperti tidak memperlakukan sesuatu yang tidak diinginkan oleh diri sendiri.

ii.      Kita hendaklah sentiasa berakhlak mahmudah dalam semasa bergaul dengan orang lain seperti  tidak menyakiti orang lain baik emosi  dan jasmani.

iii.    Iman yang sempurna akan terhasil daripada pemupukan semangat persaudaraan dalam Islam.

 

 Sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan .

i.                    Islam amat menekankan kepentingan untuk membaca dan mengamalkan doa untuk kesejahteraan rakan.

ii.                  Doa yang baik kepada rakan pasti akan mendatangkan kebaikan juga kepada orang yang berdoa..

iii.                Doa kepada rakan mudah untuk diperkenankan oleh Allah.


Soalan untuk pelajar saya: 

Dalam suasana pandemik C19 ini, bagaimanakah anda dapat memupuk dan mengekalkan hubungan persaudaraan menurut Islam?  Senaraikan  3 usaha anda.  Jawapan PM saya ye...

Selamat belajar ... wa ilalliqa' 

No comments:

Post a Comment

Ibadah Munakahat SVM 2 Sem 3

Munakahat dan hukum-hukum berkaitan   Konsep munakahat dalam Islam.                               i.           Galakan berkahwin. ...