Tilawah al-Qur'an dan Ayat Pemahaman
Surah Ibrahim ayat 35 - 41
وَإِذۡ
قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنٗا وَٱجۡنُبۡنِي
وَبَنِيَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ |
Dan
ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata , “Wahai Tuhanku jadikanlah negeri
ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anak ku dari
perbuatan menyembah berhala” (Ayat 35) |
رَبِّ
إِنَّهُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُۥ
مِنِّيۖ وَمَنۡ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ |
Wahai
Tuhan ku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat dalam kalangan umat
manusia, oleh itu sesiapa yang mengikut ku maka dia adalah daripada golongan
ku, dan sesiapa yang menderhaka kepada ku, maka sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ayat 36) |
رَّبَّنَآ
إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ
رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفِۡٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ
تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ |
Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat keturunan ku
di sebuah lembah (Mekah) yang tiada padanya tanaman, di sisi Rumah Mu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan
kami, supaya mereka mendirikan solat, oleh itu jadikanlah hati sebahagian
dari manusia tertarik kepada mereka dan kurniakanlah rezeki kepada mereka
dari pelbagai jenis buah-buahan dan tanam-tanaman, semoga mereka bersyukur. (Ayat 37) |
رَبَّنَآ
إِنَّكَ تَعۡلَمُ مَا نُخۡفِي وَمَا نُعۡلِنُۗ وَمَا يَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِن
شَيۡءٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ |
Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa
yang kami zahirkan, dan tiada sesuatu pun di langit dan bumi yang tersembunyi
dari Allah. (Ayat 38) |
ٱلۡحَمۡدُ
لِلَّهِ ٱلَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى ٱلۡكِبَرِ إِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَۚ إِنَّ
رَبِّي لَسَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ |
Segala
puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kepada ku semasa usia tua ku,
Ismail dan Ishaq, Sesungguhnya Tuhan ku Maha Mendengar doa permohonan. (Ayat 39) |
رَبِّ
ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ
دُعَآءِ |
Wahai
Tuhan ku, jadikan daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat
keturunan ku, wahai Tuhan kami perkenankanlah doa permohonan ku. (Ayat 40) |
رَبَّنَا
ٱغۡفِرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ |
Wahai
Tuhan kami , ampunilah daku dan kedua ibu bapa ku serta orang-orang yang
beriman pada masa berlakunya Hari Perhitungan kelak. (Ayat 41) |
1.1
Intisari
ayat 35-41 surah Ibrahim
i.
Perbuatan menyembah berhala adalah
perbuatan yang hina dan tercela.
ii.
Mekah merupakan tanah suci umat Islam
yang terpelihara dari semua kejahatan.
iii.
Nabi Ibrahim mendoakan agar Mekah
menjadi makmur dan subur.
iv.
Menunaikan solat pada waktunya.
v.
Memastikan ahli keluarga menunaikan
solat dan mendoakan mereka.
vi.
Memohon keampunan untuk diri, keluarga
dan sekalian mukmin
1.2
Kepentingan
memelihara solat
i.
Mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan munkar
ii.
Orang yang sentiasa mendirikan solat
sentiasa berada dalam lindungan Allah.
iii.
Menenangkan jiwa
iv.
Dikasihi Allah dan Rasul
1.3
Tuntutan
memohon rahmat dan keampunan untuk diri sendiri dan kedua ibu bapa.
i.
Untuk mendapat kesejahteraan hidup di
dunia dan akhirat
ii.
Sebagai tanda ketaatan hamba terhadap
Allah
iii.
Untuk menghilangkan sifat berputus asa.
1.4
Cara
berbuat baik kepada ibu bapa :
i.
Sentiasa mendengar nasihat mereka.
ii.
Mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan
dengan agama.
iii. Berbakti
kepada mereka ketika mereka di usia tua.
iv. Menziarahi
mereka sekiranya tinggal berjauhan dan merawat mereka sekiranya mereka sakit.
v. Mendoakan
mereka.
1.7
Pengajaran ayat
- Kita hendaklah sentiasa
beristiqamah dalam menunaikan solat.
- Umat Islam disarankan agar
sentiasa menjadikan doa sebagai amalan seharian.
- Kita wajib mentaati kedua ibu bapa supaya hidup kita
diberkati Allah.
Ayat Hafazan
Surah Ibrahim ayat 40 - 41
رَبِّ
ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ
دُعَآءِ |
رَبَّنَا
ٱغۡفِرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ |
Semoga memberi manfaat untuk semua...
Bila anda rasa bermanfaat... niatkan bacaan al-Fatihah untuk saya ye... ☺☺☺
No comments:
Post a Comment