Sunday, 13 June 2021

Aqidah Islamiyyah 1 SVM

 


IMAN DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN 


Rukun Islam

Rukun Iman

1.       Mengucap dua kalimah syahadah

1. Beriman  kepada Allah SWT

2.       Solat fardhu

2. Beriman kepada Malaikat

3.       Berpuasa di bulan Ramadhan

3. Beriman kepada Kitab

4.       Mengeluarkan zakat

4. Beriman kepada Rasul

5.       Mengerjakan ibadah Haji bagi yang berkemampuan

5. Beriman kepada Hari Kiamat

 

6. beriman kepada Qadak dan Qadar


Tujuan manusia dihidupkan di muka bumi.

i.         Beribadah kepada Allah.

ii.        Melaksanakan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

iii.      Menegakkan panji-panji dan syiar  agama Islam di muka bumi ini


Akibat tidak meyakini rukun iman

i.                     Iman akan terbatal.

ii.                    Dimurkai oleh Allah SWT .

iii.                  Kekal dalam azab neraka.

iv.                  Tidak takut melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah



Pengertian Iman :

Bahasa

Istilah

Mengakui, mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa mendustainya

Mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati, dan mengamalkan dengan  anggota.



Cara menjaga keimanan.

i.                     Istiqamah melaksanakan perintah-perintah Allah.

ii.                    Mengawal diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. 

iii.                  Berusaha menambah ilmu agama dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendampingi orang soleh.



Kesempurnaan iman melalui hati, lisan dan perbuatan.


i.         i.  Membenarkan dengan hati iaitu mengakui keEsaan Allah SWT sebagai Tuhan sekalian makhluk, Pencipta sekalian alam.

ii.      ii.   Membenarkan dengan hati tentang keRasulan dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

iii.      iii.  Membuktikan ketaatan kepada Allah dan Rasul dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNYA serta mengamalkan segala sunnah Rasulullah  s.a.w.


iv.Tidak sempurna iman seseorang yang hanya berikrar dengan lisan dan beramal soleh tanpa membenarkan denga n hati. Mereka ini dianggap munafik.

v.       Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan di dalam hati tanpa disertai ikrar dengan lisan dan beramal soleh. Mereka ini dikira kafir seperti ahli kitab dan firaun.

vi.      Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan dalam hati semata-mata tanpa perlakukan amal soleh. Mereka dikira sebagai `asi dan fasik.



 Iman Bertambah dan Berkurang


Menurut aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, tahap keimanan seseorang itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Berbeza dengan tahap iman malaikat yang tidak bertambah jugak tidak berkurang.  Iman orang-orang kafir pula tidak akan bertambah bahkan akan berkurang.


Iman boleh bertambah melalui perkara-perkara berikut :

i.         Mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Allah SWT dan rasulNYA.

ii.        Memperbanyakkan melakukan ibadah sunat seperti qiamullail dan tilawah al Quran.

iii.      Melazimi berzikir kepada Allah dan selalu berfikir mengenai kebesaran Allah SWT.

Iman boleh berkurang melalui perkara-perkara berikut :

i.         Berterusan berada dalam kejahilan.

ii.        Berterusan melakukan perbuatan keji dan mungkar.

iii.      Lalai dan leka dengan urusan dunia sehingga meninggalkan suruhan Allah SWT dan mengabaikan ajaran RasulNYA.



Kesan dan akibat iman bertambah atau berkurang

Kesan iman bertambah :

Akibat iman berkurang :

i.                Amal ibadah seseorang semakin bertambah.

ii.               Akhlak berubah kepada lebih baik.

iii.             Takut melakukan perkara keji  dan kemungkaran.

i.             Berasa malas melakukan perintah Allah SWT.

ii.           Cenderung untuk melakukan  perkara keji dan mungkar.

iii.          Sukar untuk mendengar nasihat agama dan kebaikan.


Pengertian Kemanisan Iman


Berasa gembira dalam melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah dan rasulNya lebih daripada segalanya.

Hadis Anas (tentang Hallawatul Iman)

Maksudnya: “Tiga perkara, sesiapa yang melakukan akan dapat memperoleh kemanisan iman. Kecintaan kepada Allah dan rasulnya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaimana mereka benci dicampakkan ke dalam api neraka.”

Hadis Muttafaqun ‘alaih

 

Cara-cara mencapai kemanisan iman.

Kemanisan Iman boleh dicapai melalui :

  1. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.
  2. Ikhlas dalam setiap amalan.
  3. Mengasihi sesama manusia.

Berusaha untuk mencapai kemanisan iman :

i.         i.  Sentiasa berusaha mendalami ilmu agama melalui kuliah atau ceramah agama, pembacaan bahan ilmiah serta mendampingi orang saleh.

ii.  Melazimi amalan sunat seperti berzikir, solat rawatib, puasa Isnin dan Khamis, qiamullail serta membaca al quran


3.6    Perkara yang membatalkan Iman

Perkara yang membatalkan iman daripada aspek hati, perkataan dan perbuatan

HATI

v  Mengingkari Allah SWT sebagai pencipta, pemberi rezeki dan sebagai Tuhan yang sepatutnya disembah

v  Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.



PERKATAAN

v  Menghina dan mencerca diri dan sunnah Rasulullah s.a.w

v  Mengisytiharkan dirinya keluar daripada Islam



PERBUATAN

v  Menyembah berhala.



Perkara-perkara yang membatalkan iman

ISTILAH

Huraian

Syirik

Definisi:

Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu makhluk .

 

Contoh : memuja, menyembah, meminta perlindungan selain daripada Allah.

 

Kesan :

i.                     Batal iman

ii.                    Rosak akidah

iii.                  Mendapat azab

Kufur

Definisi :

Tidak percaya kepada Allah SWT dan engkar kepada ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

 

Kesan :

i.                     Terkeluar dari Islam

ii.                    Tidak mendapat rahmat Allah

iii.                  Mendapat balasan neraka di akhirat

Riddah

Definisi :

Keluar atau berpaling daripada agama Islam.

Pelakunya digelar sebagai murtad

 

Kesan :

i.                     Dijatuhkan hukuman bunuh

ii.                    Hubungan suami isteri terbatal

iii.                  Haram menerima harta pusaka dari waris beragama Islam

iv.                  Harta orang murtad haram dipusakai oleh warisnya beragama Islam

v.                   Haram dikebumikan di perkuburan Islam

vi.                  Menjadi penghuni neraka selama-lamanya

Khurafat

Definisi :

Kepercayaan dan perbuatan yang dianggap mempunyai hubungan dengan syariat Islam sedangkan ianya bertentangan dengan syariat Islam.

 

Contoh :

Mempercayai tangkal azimat, mempercayai binatang membawa tuah atau malang, membuat korban untuk menghalau hantu.

 

Kesan :

i.                     Menyebabkan syirik kepada Allah SWT

ii.                    Berlaku pembaziran masa, wang dan tenaga.

iii.                  Masyarakat akan mundur

iv.                  Melahirkan generasi yang suka melakukan perbuatan yang sia-sia

Sihir

Definisi :

Ilmu yang berkaitan dengan makhluk halus melalui pertolongan jin dan syaitan bertujuan untuk memudharatkan manusia.

Kesan :

i.                     Merosakkan akidah

ii.                    Menimbulkan fitnah dan perpecahan dalam masyarakat

iii.                  Menghilangkan sifat kebergantungan kepada Allah.

iv.                  Melahirkan generasi yang malas berusaha.

v.                   Berlaku pembaziran harta, masa dan tenaga.

Munafiq

Definisi :

Berpura-pura beriman sedangkan hatinya kufur kepada Allah SWT.

 

Kesan :

i.                     Hilang sifat saling percaya mempercayai dalam masyarakat.

ii.                    Menghancurkan perpaduan dan meruntuhkan hubungan silaturrahim.

iii.                  Menjadikan umat Islam lemah dan Negara Islam mundur.


Akibat terbatal iman seseorang

Segala amalan menjadi sia-sia, tertolak dan terhapus pahala amalan terdahulu

Terbatal ikatan perkahwinan

Tidak layak menerima perwarisan

Haram dikebumikan di tanah perkuburan Islam

Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.


 

Semoga memberi manfaat kepada semua.


Sekiranya anda rasa bermanfaat, niatkan bacaan al-Fatihah untuk saya yer...

No comments:

Post a Comment

Ibadah Munakahat SVM 2 Sem 3

Munakahat dan hukum-hukum berkaitan   Konsep munakahat dalam Islam.                               i.           Galakan berkahwin. ...